Karburator adalah komponen yang dapat mencampurkan bahan api dan udara ke dalam
kebuk pembakaran. Bahan api yang dipam akan terus masuk ke karburator dan
ditakung di dalam kebuk apung. Di dalam kebuk apung terdapat beberapa komponen
lain seperti injap yang mengawal kemasukan bahan api ke karburator, pencekik,
injap pendikit, jet utama, jet pemelahuan dan penapis bahan api.
Di bahagian luar karburator terdapat komponen pelaras karburator, iaitu skru
pelaras angin dan skru pelaras bahanapi. Skru pelaras bahan api digunakan untuk
melaras kuantiti bahan api. Manakala skru pelaras angin digunakan untuk melaras
jumlah kemasukan angin yang akan dicampurkan dengan bahan api pada nisbah yang
diperlukan mengikut kehendak dan keadaan enjin. Jika kenderaan bergerak laju,
nisbah campuran bahan api akan sampai ke tahap 13-14.7 : 1(13-14.7 bahagian
angin dan satu bahagian bahan api) iaitu nisbah yang ideal untuk enjin kereta.
Bil
|
Jenis litar
|
Nisbah campuran bahan api
|
1
|
Litar
cekik
|
10 : 1
|
2
|
Litar
kelajuan pepura
|
12 : 1
|
3
|
Litar
kelajuan rendah
|
13 : 1
|
4
|
Litar
kelajuan sederhana
|
15 : 1
|
5
|
Litar
kelajuan tinggi (kuasa penuh)
|
13 : 1
|
6
|
Litar
oam pencepat
|
10 : 1
|
Jadual 8 (a) : Menunjukkan jenis litar dan nisbah campuran bahan api.
v
Antara masaalah yang mungkin timbul berkaitan
dengan karburator adalah seperti berikut :-
8.1 Enjin tidak dapat melahu dengan sempurna.
8.2 Enjin kurang kuasa.
8.3 Enjin mati secara tiba-tiba.
8.4 Enjin mudah dihidupkan tetapi bergegar dan kemudiannya terhenti.
8.5 Karburator dibasahi dengan bahan api setelah memandu.
8.1
Enjin tidak dapat melahu dengan sempurna.
Masaalah seperti ini berlaku selalunya disebabkan oleh jet melahu separuh
tersumbat. Walaupun enjin beroperasi tetapi kelajuan (ppm) melahu tidak dapat
dicapai lalu menyebabkan enjin tiba-tiba saja mati atau bergegar.
Jika ini berlaku, keluarkan karburator daripada enjin dan lakukan kerja baik
pulih dengan peralatan yang sesuai. Masukkan komponen-komponen karburator ke
dalam dulang dan basuh dengan petrol. Kemudian semburkan semua lubang talian
bahan api dengan angin mampatan tinggi untuk menjauhkan kotoran. Cucuk semua
lubang talian bahan api dengan dawai untuk membuang kotoran yang melekat.
Pasangkan semula karburator pada enjin dan laraskan kelajuan melahu dengan kadar
bunyi yang halus dan sempurna jika tidak terdapat alatan khas untuk pelarasan,
‘tuning’.
8.2
Enjin kurang berkuasa.
Pada ammnya enjin kurang berkuasa disebabkan oleh beberapa perkara kecil seperti
kerosakan mekanikal ataupun elektrikal. Ini disebabkan oleh larasan bahan api
petrol yang terlalu rendah daripada sepatutnya dan seterusnya ini mengakibatkan
enjin berkurangan kuasa.
Untuk mengatasi masaalah ini, pusingkan skru
melahu bahan api melawan pusingan jam. Hidupkan enjin dan laraskan kelajuan
melahu, kemudian naikkan kelajuan pusingan enjin hingga 2500-3000 ppm. Jika
tidak kedengaran letupan daripada ekzos, maknanya enjin dalam keadaan yang baik.
Uji pandu kenderaan tersebut untuk menguji kelajuan dan pecutan.
8.3
Enjin mati secara tiba-tiba.
Kejadian seperti ini selalu berlaku apabila kenderaan berhenti semasa lampu
isyarat berwarna merah (nyahpecutan mendadak) semasa kesesakan lalu lintas atau
setelah memandu dengan kelajuan yang tinggi. Ini disebabkan oleh pelaras melahu
tidak dipusing dengan betul, dan campuran antara bahan api dengan angin terlalu
kurang. Pendikit perlu dibuka dengan lebih luas supaya kelajuan enjin stabil dan
jika injak dilepaskan enjin akan mati.
Jika ini berlaku, pusing skru melahu bahan api melawan pusingan jam sedikit
demi sedikit sambil mendengar bunyi enjin sehingga kelajuannya bertambah laju,
antara 700-750 ppm tercatat pada papan pemuka.
8.4
Enjin mudah dihidupkan tetapi bergegar dan kemudiannya terhenti.
v
Penapis udara tersumbat
Penapis udara tersumbat atau terdapat banyak habuk pada penapis juga boleh
mengakibatkan kemasukan udara ke pancarongga pengambilan tersekat dan seterusnya
nisbah bahan api yang ideal tidak dapat dicapai khususnya semasa enjin melahu.
Jika ini berlaku keluarkan penapis udara
daripada enjin dan periksa keadaan penapis tersebut samaada masih boleh
digunakan atau sebaliknya. Jika penapis udara kelihatan perlu dibersihkan,
servis dengan pemampat udara yang bertekanan tinggi.
Sekiranya kertas katrij untuk membuat penapisan
koyak atau basah teruk, ia perlu ditukar dengan yang baru dan saiz yang sama.
Penapis udara yang tidak betul saiznya pada enjin akan menyebabkan kerengganan
pada penapis tersebut. Ini seterusnya menyebabkan sebahagian daripada angin yang
masuk ke pancarongga alur masuk tidak di tapis dan boleh menyebabkan habuk masuk
ke silinder melalui injap kemasukan. Ini kemudiannya akan mengakibatkan dinding
silinder bercalar hasil daripada pergerakan omboh turun dan naik dalam silinder
dan menguis habuk dalam dinding silinder.
v
Paip vakum karburator tecabut atau bocor.
Buka bonnet kereta dan periksa semua paip vakum daripada dan kepada karburator.
Sekiranya terdapat paip vakum tercabut, sambungkan semula pada sambungan yang
betul. Kadang-kala terdapat kebocoran pada kebocoran yang berlaku pada hos vakum
yang boleh menyebabkan operasi enjin tidak lancar. Matikan enjin dan tukarkan
hos berkenaan kepada hos yang baru. Selepas itu, hidupkan semula enjin dan
pastikan enjin beroperasi dengan kelajuan yang lancar dan sempurna.
8.5
Karburator dibasahi dengan bahan api setelah
memandu.
Ini selalunya disebabkan oleh gasket bahagian atas atau bahagian tengah
karburator yang terkoyak atau bocor, dan membolehkan bahan api terkeluar.
Baraikan karburator dan lakukan servis. Gantikan gasket karburator yang baru.
Apabila mengikat skru karburator, jangan ikat terlalu kuat hingga merosakkan
benang skru. Benang skru yang rosak boleh menyebabkan karburator renggang
sebelah, dan bahan api boleh terkeluar.
v
Berikut adalah ciri-ciri sebuah karburator yang
baik :
-
Enjin beroperasi dengan sempurna tanpa gegaran
atau gangguan, tidak kira semasa melahu atau memandu dengan laju.
-
Tidak kedengaran bunyi letupan apabila menekan
injak pendikit dengan sempurna.
-
Kelajaun enjin tidak berubah atau tersekat ketika
memecut.
-
Enjin mudah dihidupkan walaupun tanpa membuka
pencekik pada cuaca sejuk atau di dalam hujan.
-
Enjin melahu kepada tahap yang dijangka mengikut
spesifikasi dengan seimbang.
-
Penjimatan penggunaan petrol untuk setiap
kilometer disebabkan keseimbangan campuran petrol dan udara.
-
Keadaan permukaan palam pencucuh yang tiada
mendakan karbon.